Sabtu, 18 April 2020

Kisah Misteri - Cair besi



 

- 'Astaghfirullahalazim' istighfar Tok Ju. Anaknya, Minah biru gigi waktu itu baru 8 ke 9 tahun, hanya melihat saja kubur arwah emak saudaranya, adik Tok Ju, yang berasap asap hitam keluar berkuap kuap. Orang orang kampung yang lain termasuk Tok Ngulu juga hanya mampu melihat saja.
'Macam mana Kak Ju?'tanya seorang jiran. Menggeleng saja Tok Ju. Menjelang senja hanya saudara mara saja yang masih menunggu dikubur.
Kubur itu baru 2 hari, dan yang perasan asap hitam keluar itu pun bila orang orang rajin ke surau Subuh nya yang nampak. Nak dikata tanah gambut yang terbakar, tanah situ jenis lumpur kelabu kental. Silap gali boleh buat telaga air.
Tok Imam menyarankan dibaca air Yassin untuk disiram sementara menanti siapa siapa ada ikhtiar. Tok Pawang yang ada kaitan saudara dengan keluarga Tok Ju juga menyarankan dicari orang orang alim.
Esoknya sebelum Subuh, ramai orang kampung bergegas ke kubur. Jika semalam keluar asap hitam, hari ini dapat dilihat bunga bunga api memercik daripada kubur yang tanah atasnya bertukar pasir kerana haba panas.
Malamnya suami Tok Ju, Tok Imam, Tok Pawang, beberapa orang kampung dan seorang Kiyai dari Singapura ke kubur.
Dikatakan malam itu daripada kubur keluar cairan besi panas seperti lahar gunung berapi.
P/s-Sehingga hari ini penulis juga masih tidak tahu apa akhiran dan punca cerita. Minah biru gigi sekarang berumur lebih 80.